Di suatu kampung, tinggallah seorang ibu tua bersama seorang anak tunggalnya. Suaminya telah lama meninggal dunia kerana menghidapi penyakit . Si ibu sering sekali merasa sedih memikirkan anaknya , kerana anak nya itu mempunyai tabiat yang sangat buruk, iaitu suka mencuri, berjudi dan banyak lagi. Ibu itu sering menangis meratapi nasibnya yang malang. Namun, ibu itu selalu berdoa kepada Tuhan,” Tuhan, tolonglah sedarkan anakku yang kusayangi, supaya dia tak berbuat dosa lebih banyak lagi. Aku sudah tua dan aku ingin melihatnya bertaubat sebelum aku mati.”
Tapi bukannya bertaubat, anak itu malah semakin menjadi -jadi perbuatan jahatnya. Malah dia juga sering kali keluar masuk penjara kerana kejahatan yang dilakukannya. Suatu hari, ia kembali mencuri di rumah seorang penduduk kampung. malangnya dia tertangkap oleh seorang pemuda di situ. Maka dibawalah si anak itu ke hadapan ketua kampung untuk diadili sesuai dengan hukuman yang telah ditetapkan. Ketua kampong itu memerintakan agar menjatuhkan hukuman pancung kepada anak itu. Berita itu disebarkan ke seluruh kampung.
Hukuman tersebut akan dilakukan keesokan harinya di depan orang kampung itu tepat pada saat loceng gereja berdentang menandakan pukul enam pagi. Berita hukuman itu pun terdengar oleh ibunya. Dia menangis meratapi anak yang sangat dikasihinya itu. Saban saat dia berlutut berdoa kepada Tuhan, “Tuhan, ampunilah anak hamba. Biarlah hambamu yang sudah tua ini yang menanggung dosa dan kesalahannya. Janganlah kau menghukum anakku”
Berkali – kali dia menghadap ketua kampung untuk memohon agar anaknya dibebaskan, tapi keputusan ketua kampung sudah tak dapat diubah lagi, si anak harus menjalani hukuman yang sudah ditetapkan itu. Dengan hati hancur ibu itu kembali ke rumahnya. Dia terus berdoa agar anaknya diampuni. Oleh kerana terlalu letih dia tertidur dan bermimpi.
Keesokan harinya, di tempat yang sudah ditentukan, banyak orang kampung sudah berkumpul untuk menyaksikan hukuman itu. Si pemancung pun sudah siap dengan pedangnya. Anak itu pasrah menanti maut datang menjemputnya. Terbayang olehnya wajah ibunya yang sudah tua, tanpa disedari air matanya mengalir membasahi pipi. Dia menyesali segala perbuatannya.
Detik-detik yang dinantikan akhirnya pun tiba. Tapi sampai waktu yang telah ditentukan, loceng gereja belum juga berbunyi. Suasana mulai riuh. Sudah lima minit masa berlalu. Akhirnya seorang penduduk tersebut mendatangi petugas yang bertugas membunyikan loceng di gereja. Dia juga berasa hairan, kerana sepatutnya sudah dari tadi menarik loceng, tapi tak ada bunyi dentangnya.
Ketika mereka sedang kehairanan, tiba-tiba dari tali yang dipegangnya mengalir darah segar. Darah tersebut datangnya dari atas, dari tempat di mana loceng tersebut diikat. Dengan jantung berdebar-debar seluruh orang kampung menanti dengan penuh debaran. Beberapa orang naik ke atas untuk melihat apa yang terjadi. Ternyata di dalam loceng besar itu ditemukan tubuh si ibu tua dengan kepala hancur berlumuran darah. Dia memeluk bendul di dalam loceng supaya lonceng tidak berbunyi, sebagai gantinya kepalanya yang menahan dinding loceng. Semua orang yang menyaksikan peristiwa itu tertunduk menitiskan air mata. Sementara si anak itu menangis meraung-raung sambil memeluk tubuh ibunya yang sudah diturunkan. Dia menyesali dirinya yang selalu menyusahkan ibunya.
Ternyata malam sebelumnya si ibu yang sudah tua itu dengan susah- payah memanjat ke atas dan mengikatkan dirinya di loceng tersebut sambil memeluk bendul besi di dalam loceng, untuk menghindarkan hukuman pancung untuk anaknya dan diganti dengannya.
Sesunguhnya janganlah kita berbuat jahat dan melakukan perbuatan keji. Kita juga mesti mendengar nasihat ibu kita supaya hidup kita tidak akan musnah dan sentiasa diberkati. Tanpa ibu siapalah kita di muka bumi ini….